Keusahawan : Suatu Pengenalan

Surat terbuka untuk kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang keusahawan....


Kepada :

Seluruh Rakan-Rakan Seperjuangan Yang ingin mengubah
persepsi hidup.


Salam keusahawan,

Kepada saudara-saudari yang berada diluar sana, saya ingin memberitahu anda dan diri saya untuk mencuba membuka lembaran baru dalam hidup kita. Sebagai manusia biasa yang mempunyai kemahuan yang luar biasa, tentulah kita sentiasa dahagakan perkara baru, yang lebih baik, dan dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri. Bidang usahawan adalah perkara yang telah lama diceburi oleh umat manusia, samada sedar atau tidak kita sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak sendiri atau komuniti dengan pelbagai cara. Kita dilahirkan untuk berusaha dan begitulah keadaannya dari lahir hingga ajal mendatang, dan hasil dripada usaha itu, adalah terpulang kepada Allah untuk memakbulkannya.

Yang lebih penting adalah kemahuan untuk mengubah nasib diri, manusia telah berusaha untuk mencapai impiannya. Sesetengah manusia, mempunyai daya untuk memikirkan sesuatu yang tidak dijangkau oleh manusia lain, memikirkan cara , pemikiran untuk mengubah dunia seperti yang ada dihadapan kita sekarang. Pemikiran ini telah menjana idea-idea baru ini bukan sahaja menyenangkan manusia malah ada juga yang menjahanamkan manusia demi untuk mencapai kepuasan diri dan keuntungan material.

Saya ingin mengajak kepada saudara-saudari sekelian dan diri saya, agar dapat meneliti bidang keusahawan sebagai satu cara untuk memenuhi kehendak hidup yang pastinya mencabar tetapi membawa suatu kepuasan dan pulangan yang lebih baik dari sekarang.

Berikut adalah cubaan saya sedikit penerangan tentang keusahawan :

Apa itu keusahawanan?

Jika kita mendengar perkataan keusahawan pastinya kita akan merasa jauh sekali, dan apa yang yang bermain di dalam minda kita adalah hidup didalam kesukaran untuk berniaga, sukar untuk mendapatkan pinjaman, hidup diburu kreditor, dan peliknya akan muncul di ruang minda kita Bill Gate (What the bell!!!)

Pengertian Usahawan,
Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

Dengan kata mudah usahawan adalah sesiapa sahaja yang mempunyai idea untuk membuat,mengubah, memperbaiki sesuatu (yang mungkin sahaja idea ringkas tetapi sangat berkesan) dan daripada idea itu dia berusaha mencari peluang yang ada dan menggunakan sumber yang terhad untuk menjadikan idea tersebut menjadi realiti.

Untuk menjadi usahawan, perkara berikut mestilah dipenuhi :
  1. Keinginan yang kuat untuk menjadi usahawan.
  2. inovatif
  3. kreatif
  4. tabah, istiqomah, berusaha kuat.
  5. Bijak mengurus risiko.
  6. Focus kepada kualiti produk dan keperluan pelanggan
  7. Bijak menghidu peluang
  8. Yakin diri
  9. Bijak berkomunikasi
  10. Jangan jadikan duit sebagai motivasi utama, itu akan menyebabkan kekangan dikemudian hari.


Proses untuk Menjadi Usahawan

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadi usahawan :

  1. Membuat keputusan untuk menjadi usahawan
  2. Menjelajahi idea
  3. Tranformasi idea kepada realiti
  4. Pengurusan perkembangan firma.


Peluang 


Peluang ialah satu keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan kepada seseorang yang muncul atau diwujudkan untuk diambil segera. Peluang biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan tidak pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat mencekup peluang yang ujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut akan terlepas ke tangan orang lain. Yang pastinya dalam setiap keadaan pastinya masih terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan, cuma persoaalannya, bagaimana mahu mengenalpasti.

Berikut adalah contoh-contoh bagaiamana untuk melihat peluang yang ada di sekitar kita. Saya ingin mengupas dengan cara yang ringkas dan contoh-contoh mudah.

Daya Fikiran
Daya pemilkiran manusia adalah agak tidak terhad (dalam ruang lingkup dunia sekarang). Gunakan pemikiran diluar kotak untuk mengubah sesuatu kepada yang lebih menarik. Contohnya, jika cawan kita berbentuk silindir, apakata kita tukarkan kepada bentuk empat segi dan jualkan kepada mereka yang mempunyai masalah Parkinson, tentu lagi mudah untuk mereka memegangnya bukan. (Agaknya lah, mana tahu kan?)

Melalui Masalah Yang Ada
Kita juga boleh melihat peluang melalui masalah yang dihadapi oleh target pasaran kita atau diri sendiri. Masalah pertama yang ringkas adalah bagaimana mahu mengawal suami yang liar di luar rumah. Salah satu cara yang mudah adalah memasang alat peranti GPS dan mudah dapat mengesan dimana mereka berada, jika di masjid, sejuk perut, jika bera
da ditempat yang 'panas', suatu peringatan akan dihantar... Hehe... Nasib lah kau tunggu je bini kau mengamuk....


Melalui Keperluan Manusia

Banyak keperluan manusia belum dipenuhi. Cuba perhatikan ditempat kita dan implement jika tiada lagi.  Contohnya Kg Orang Asli di Hutan Belum tidak dapat menikmati kemudahan internet. Apakata kita sediakan untuk mereka. Bukan sahaja dapat berniaga, malah dapat melabur dalam saham akhirat. Sungguh menguntungkan bukan?

Mengkaji Selidik Barang Yang Ada

Yang ini adalah mudah untuk diaplikasikan. Beli apa sahaja yang kamu minat dan cuba perhatikan apa yang boleh ditambah lagi pada produk tersebut. Misal kata  tempat habuk rokok kita cuma mempunyai ruangan yang biasa-biasa, cuba tambahkan hiasan gambar atau aksesori yang menarik disitu, pasti mengujakan peminat kelab perokok tegar bukan?


Meneliti Permintaan Pasaran

Kita dapat memerhatikan  keperluan pasaran melalui pelbagai sumber dan pelbagai cara. sebagai contoh mungkin sahaja orang Johor tak makan budu, tapi tidak semestinya orang Amerika tidak makan budu. cuba kaji keperluan mereka terhadap budu dan disitu kita akan jumpa keputusan yang sungguh mengejutkan.


Meneliti Perkembangan Ekonomi Dan Pembangunan Negara
Negara kita Malaysia bercita-cita untuk maju dalam tahun 2020. pastinya keperluan untuk maju itu banyak dan menagih rakyat nya berusaha untuk mencapai status tersebut. Peluang - peluang pasti banyak dan kita mesti merebutnya sebanyak mungkin.


Melalui Pergaulan Harian



Melalui Bacaan



Melalui Kemahiran Yang Ada     

 



Feasebility Study (Kajian keboleh-Berdaya Maju)

Kajian ini membawa erti samada idea yang dijana dapat dijalankan dengan baik atau sebaliknya.

Berikut adalah syarat-syarat supaya idea yang dijana itu adalah berdaya maju (viable) atau tidak.

  • Memenuhi skop produk dan servis - mestilah mempunyai produk dan servis yang pada dasarnya memenuhi keperluan sasaran.
  • Memenuhi kehendak industri/sasaran pasaran atau tidak - samada mempunyai pasaran atau tidak.
  • Memenuhi kemampuan organisasi untuk bertindak - organisasi mempunyai keupayaan untuk menjayakan objektif kewujudan nya.
  • Memenuhi kemampuan kewangan - mempunyai kewangan dan sumber yang mencukupi.
 Berikut adalah proses yang perlu dijalankan untuk memenuhi kajian ini :









Penulisan Pelan Perniagaan

Pelan Perniagaan adalah bagaimana kita mahu memindahkan idea kedalam bentuk yang lebih berstruktur dan mudah difahamai oleh orang lain. Pelan perniagaan ini sangat penting kerana bukan sahaja akan dinilai oleh pelabur atau pihak bank, malah adalah satu Undang-Undang Tubuh Organisasi yang ingin ditubuhkan. Setiap ahli sama ada kecil atau besar mestilah bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan sebarang polisi yang yang akan diadakan mestilah berpandukan kepada dokumen ini.

Jenis-jenis Pelan Perniagaan
Executive summaries
 - Untuk memberikan gambaran tentang selurh idea yang dikemukan dengan seringkas mungkin.

Pelan Perniagaan Penuh
 - Mencakupi keterangan keseluruhan aspek idea.

Pelan Perniagaan Operasi
 - Mengandungi Tatacara yang perlu dipatuhi seperti yang disyaratkan dalam Pelan Perniagaan Penuh.  Biasanya untuk kegunaan dalaman sahaja.

Format pelan Perniagaan adalah seperti berikut :
  1. Executive Summaries
  2. Keterangan tentang Organisasi
  3. Analisis Industri/Sasara
  4. Kajian Pasaran
  5. Pelan Pasaran
  6. Pelan Operasi
  7. Pelan Pembinaan Produk 
  8. Unjuran Kewangan
Semua perkara di atas mestilah di tulis dengan betul dan kemas supaya idea yang ingin di sampaikan kepada audien berkesan. Selain itu seseorang itu memtilah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan supaya dapat menarik minat kepada pembaca (yang kebiasaannya adalah pelabur dan ahli organisasi).




Model Perniagaan


Model Perniagaan adalah suatu gambaran mudah tentang idea yang telah dijana yang merangkumi kesemua aspek yang perlu dipenuhi untuk memenangi kehendak pasaran.

Berikut adalah perkara yang yang perlu dipenuhi semasa membina model perniagaan anda :

Teras Strategi
Pernyataan Misi
Produk/Servis
Keunikan Produk/Servis

Sumber Strategik
Aset Strategik
Kemampuan asas dalam bidang tersebut.

Jaringan Rakan Kongsi
Pembekal yang setia
Rakan Kongsi yang berguna

Pelanggan
Sasaran Pelanggan yang spesifik
Struktur harga yang munasabah
Kemudahan berorientasi pelanggan

perkara6


Sekian Terima Kasih. Semoga Kita akan dapat manfaat daripada cebisan nukilan ini untuk masa depan kita.

Daripada,

Mohammad Rafa'ee Bin Suhaimi.

Pengarah Urusan,
Faronoft Sdn Bhd.
"Drive Bussiness Dream"